Huawei keluarkan tablet baru untuk remaja



Tidak mahu ketinggalan dalam penghasilan peranti dalam usaha memenuhi kehendak masyarakat, Huawei baru-baru ini memperkenalkan tablet bersaiz 7 inci khusus untuk golongan remaja yang lengkap dengan ciri hiburan tiada tandingan.Dikenali sebagai MediaPad 7 Youth, peranti ini dikuasakan oleh pemproses Dual Core 1.6 giga herz beserta sistem operasi Google Android 4.1.

Di samping itu, skrin paparannya disokong oleh keunggulan definisi tinggi (HD) selain mempunyai saiz hanya 9.9 milimeter dengan berat 350 gram.Mahu dikenali dengan kehebatan dimiliki, MediaPad 7 Youth juga turut mempertingkatkan keupayaan dalam semua aplikasi hiburan termasuk kelajuan, kuasa, web, paparan definisi tinggi serta ketajaman audio.

Sesuai untuk remaja yang mementingkan kesempurnaan, tablet ini juga menyokong permainan video berskala tiga dimensi (3D) di samping sambungan akses tanpa wayar (WiFi) berkelajuan tinggi sehingga High Speed Packet Access (HSPA) 21 Mbps.

MediaPad 7 Youth yang dibina berdasarkan keperluan pengguna khususnya golongan remaja, ia menjanjikan pengalaman berbeza dengan pilihan kepelbagaian rangkaian HSPA dan juga sambungan WiFi. Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan MediaPad 7 Youth, boleh mula berkunjung ke pengedar sah Huawei untuk dapatkan harga pengenalan RM 699 seluruh negara.


IKLAN PRODUK TEMPATAN