FAMA jamin bekalan makanan mencukupi






KOTA BHARU 21 Dis. - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) memberi jaminan bahawa bekalan makanan di negeri ini yang dijangka bakal berdepan banjir gelombang kedua, adalah mencukupi.

Pengarah FAMA Wilayah Timur, Mohd. Ariffin Awang berkata, setakat ini bekalan makanan masih lagi mencukupi dan pengguna tidak perlu bimbang kemungkinan bekalan akan terputus.

"Pihak kami mendapati keperluan harian terutama sayur-sayuran, ikan, daging mencukupi dan tidak menghadapi masalah. Buat masa ini kesemua jenis barangan terkawal termasuk daging dan ayam masih lagi dapat memenuhi keperluan pengguna," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambah beliau, pihaknya mengambil berat akan keperluan orang ramai khususnya bagi mereka yang menghadapi banjir.

"Pihak kami juga akan sentiasa memantau semua barangan yang diperlukan agar ia sentiasa memenuhi permintaan," katanya.

Sementara itu, Mohd. Ariffin memberitahu, setakat ini bekalan dan harga barangan keperluan yang terdapat di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) di Tunjong di sini, masih kekal.


Sumber  :  Utusan Malaysia


IKLAN PRODUK TEMPATAN