Siri Mengenal Alat Muzik Tradisional - KOMPANG



Sejarah Ringkas Alat Gendang

      Alat-alat gendang juga penting sebagai alat perkusi dalam pembinaan sesebuah struktur muzik tradisional di Malaysia.Mengikut Curt Sachs, Gendang bermula dari zaman Neolitik iaitu Zaman Batu Muda



KOMPANG

        Mempunyai baluh 'berbingkai' yang diperbuat kayu jenis keras.Lazimnya daripada spesis Nangka dan nama saintifiknya Artocarpusheterophyllus.Belulang dariapada kulit kambing digunakan sebagai bahan bunyi yang dipasang pada permukaan baluhnya dengan menggunakan bahan-bahan pelekat kemudian ditindih dengan paku supaya ketegangannya lebih terjamin.Kompang juga memerlukan rotan sedak sebagai alat tala untuk menghasilkan suara yang baik.

       
Permainan Kompang lazimnya dimainkan secara berkumpulan dalam keadaan 'bersila', 'berdiri', ataupun 'berarak' mengikut keperluannya.Dalam teknik penghasilan bunyi, pemain akan menggunakan sebelah tangan untuk memegangnya dan menggunakan sebelah tangan lagi untuk memegangnya.


Cara memalu kompang ialah dengan menepuk kulit kompang dengan bahagian jari-jari atau tapak tangan

mengikut rentak. Kompang biasanya dimainkan semasa perarakan, kenduri dan upacara-upacara tradisi
lain. Bunyi yang berlainan dihasilkan dengan membezakan cara bukaan tapak tangan. Bunyi 'bum' di perolehi dengan tepukan di sisi kompang dan tapak tangan dikuncup/rapat. Bunyi 'cak' di perolehi dengan tepukan di tengah kompang dengan jari tangan yang terbuka.








IKLAN PRODUK TEMPATAN