Produk Baru di Pasaran !!


Betapa untungnya kita...


Dalam gelak tawa kita, kita semua boleh ada smart phone, main facebook bagai. Tapi ada yang pandang saja kemewahan kita miliki. Pernah tak kita ingat pada mereka?

Kisah ni saya sharekan dengan semua. Kisah benar dari sahabat saya. Saya harap sangat antara kita jangan lupa pandang kiri kanan kita. Lihat & ingati mereka yang susah tu

Jangan tahu hanya complain, pertikai. Tolong lah ingat untuk bersyukur walau pun kita susah mana sekali pun. Sebab ada lagi susah dari kita...

Kampung Tok Jembal Mungkin 'Hilang Ditelan Laut'



KUALA LUMPUR 18 Okt - Satu kajian simulasi kelautan mendapati Kampung Tok Jembal, Kuala Terengganu dan kawasan di sekitarnya yang dihuni ratusan penduduk, mungkin akan "hilang ditelan laut" dalam tempoh 15 tahun jika masalah hakisan pantai tidak diberi perhatian.

Penyelidik di Pusat Pengajian Kejuruteraan Kelautan Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Dr Mohammad Fadhli Ahmad, berkata simulasi yang dijalankan sejak empat tahun lepas mendapati 42.6 meter kawasan darat itu telah terhakis.

"Kawasan yang teruk terjejas adalah sepanjang 3.4 kilometer yang bermula dari utara Lapangan Terbang Sultan Mahmud sehingga ke UMT dan turut melibatkan Kampung Tok Jembal," katanya kepada BERNAMA, baru-baru ini.

Mohammad Fadhli berkata, berdasarkan kajian itu, maka tidak mustahil Kampung Tok Jembal akan hilang daripada peta negeri Terengganu dalam tempoh itu jika tiada sebarang langkah menangani masalah hakisan dilakukan.

Selain itu, hasil kajian pihaknya juga mendapati 166 kilometer garisan pantai atau 66 peratus daripada 244 kilometer garisan pantai di Terengganu, turut terjejas, melibatkan daerah Kuala Terengganu, Marang, Besut, Dungun, Kemaman dan Setiu.

Malah, hakisan turut menyebabkan kemusnahan beberapa aset UMT seperti tapak stesen penyelidikan tenaga diperbaharui yang menempatkan makmal dan kincir angin, menyebabkan kerugian lebih daripada RM500,000.

Mohammad Fadhli berkata, pantai di Terengganu adalah jenis yang sentiasa berubah-ubah, manakala hakisan adalah perkara semula jadi apabila berlakunya musim monsun barat daya dan monsun timur laut.

Beliau berkata, struktur pembangunan di sepanjang pantai di Terengganu juga memerlukan kajian terperinci bagi mengurangkan kesan kepada alam sekitar.

"Keseimbangan di kawasan tepi pantai sebenarnya berpunca daripada hakisan itu sendiri. Kalau tiada pembangunan di tepi pantai dan dengan kehadiran monsun, akan berlaku proses semula jadi dan sedimen atau pasir akan kembali ke kawasan pantai.

"Bagaimanapun, pembangunan yang menjadi faktor pengubah hidrodinamik di kawasan pantai menyebabkan proses semula jadi yang berlaku itu menjadi tidak seimbang," katanya.

Mohammad Fadhli berkata, UMT juga telah mengambil inisiatif dengan menubuhkan satu kumpulan Penyelesaian Risiko Bencana Pesisir Pantai yang mengkaji fenomena hakisan di sepanjang Pantai Terengganu.

"Ini merangkumi kajian pengawasan dan kesan jangka masa panjang ke atas pembangunan yang dibina sepanjang pantai Terengganu yang dilakukan setiap masa menerusi penyelidikan ilmiah penyelidik dan pelajar.

"Kajian ini menggunakan peruntukan geran penyelidikan yang dianggarkan sebanyak RM150,000. Kerajaan juga membuka peluang kepada penyelidik untuk memohon peruntukan bagi menjalankan kajian tersebut menerusi geran penyelidikan seperti Skim Geran Penyelidikan Eksploratori (ERGS)," katanya.

Sumber  :  Rakyatnews


Soalan Bocor - Calon UPSR buat laporan Polis



Johor Bahru – Seorang calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) diwakili bapanya membuat laporan polis di Balai Polis Bandar Dato’ Onn, Tebrau, di sini, berikutan tertekan dengan penangguhan peperiksaan berkenaan.


Murid Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Cahaya Masai, Nur Syazwana Batrisya diwakili bapanya, Abdul Aziz MK Makkai Kutty, 36.

Hadir sama menemani kedua-dua beranak itu ialah Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Kampung Maju Jaya, Md Johan Jamian dan Pengerusi Biro Pelajaran dan Agama Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang, Roszaidi Ramlee.

Abdul Aziz berkata, dia juga mewakili ibu bapa yang tertekan akibat penangguhan berkenaan.

“Anak saya hilang semangat dan tidak mahu menduduki UPSR selepas kejadian berkenaan. Saya dan isteri terpaksa memujuknya,” katanya.

Laporan polis berkenaan juga bertujuan menggesa Kementerian Pendidikan mengambil tindakan terhadap pihak yang mendalangi perbuatan tidak bertanggungjawab supaya ia tidak berulang.

IKLAN PRODUK TEMPATAN