Nabi s.a.w. berjalan sangat aktif dan laju sampai para sahabat kena gigih kejar baginda.
Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa:
"Aku
tidak pernah melihat seorang pun yang terlebih kacak daripada
Rasulullah s.a.w. Cahaya dan seri wajahnya seolah-olah matahari itu
sendiri memancar di mukanya. Dan aku tidak pernah seorang yang terlalu
lasak berjalan selain baginda s.a.w. seolah-olah bumi bergulung
untuknya. Jika pada satu masa baginda di sini, sebentar lagi akan
kelihatan baginda di sana. Walaupun ada ketika baginda berjalan secara
biasa, namun kami yang mengikuti baginda terpaksa melangkah dengan
susah-payah (terpaksa berjalan dengan lebih lasak untuk bersamanya)"
Nabi
Muhammad s.a.w. tidak jalan berlenggang seperti wanita. Baginda s.a.w.
berjalan seolah-olah menuruni tempat tinggi. Sangat lasak dan energetic.
Daripada riwayat Ibrahim ibn Muhammad:
"Ali
r.a. menerangkan bahawa apabila Rasulullah s.a.w. berjalan, baginda
akan menjatuhkan langkahnya dengan mantap dan bertenaga."
Apabila berjalan, Nabi s.a.w. akan membiarkan para sahabatnya mendahului baginda s.a.w.
Seperti yang diriwayatkan oleh Hind bin Halah:
"Apabila baginda (s.a.w.) berjalan di kalangan sahabat-sahabat, baginda s.a.w. tidak akan mendahului mereka."
Kenapa Rasulullah s.a.w. berjalan di belakang dan bukan hadapan sahabat, sedangkan baginda adalah ketua mereka?
1.
Nabi s.a.w. tidak berjalan di hadapan sahabat-sahabatnya disebabkan
sifat tawaduk yang dimiliki baginda. Berjalan di hadapan orang lain
adalah amalan orang angkuh dan ujub sebagai tanda kemuliaan, taraf dan
maruah mereka.
2.
Nabi s.a.w. juga lebih gemar berjalan di belakang untuk memudahkan
baginda membantu sahabat yang memerlukan pertolongan seperti keciciran
barang.
3.
'Allamah Baijuri mengatakan malaikat-malaikat sentiasa berjalan di
belakang Rasulullah s.a.w., oleh itu baginda akan membiarkan sahabat
berjalan di hadapan.4. Nabi s.a.w. seorang pembimbing yang pengasih.
Apabila berada di belakang, baginda dapat melihat kesalahan dan
kekurangan yang dilakukan oleh sahabat lalu membetulkannya.
- Selamat beramal -