Resepi Agar-agar Kelapa dan Agar-agar Strawberry




Agar-agar Kelapa / Kelapa Jelly

Bahan-bahan ( 4 orang )

  1. Agar-Agar Serbuk 1 packet
  2. Air Kelapa
  3. Air 250ml
  4. Gula
  5. Susu Tin

Cara-cara



  1. Masukkan air 250ml ke dalam periuk  
  2. Masukkan agar-agar paket ke dalam periuk dan kacau hingga sebati
  3. masukkan gula, susu dalam tin mengikut kesukaan dan kacau hingga sebati
  4. masukkan ke dalam bekas beraneka bentuk dan sejukkan, 
  5. kemudian masukkan ke dalam peti ais
  6. Siap 











Agar-agar Strawberry

Bahan-bahan ( 6 orang )


  1. 20gm agar-agar (kalau guna serbuk, ikut arahan kat peket)
  2. 200gm strawberry
  3. 4 cawan air
  4. 2 cawan susu segar (boleh digantikan dgn susu pekat)
  5. Gula secukupnya

Cara-cara



  1. Cairkan 10gm agar-agar dgn 3 cawan air. Tambah gula secukupnya.
  2. Masukkan 100gm strawberry dalam acuan kecil, masukkan agar-agar tadi. Biarkan sejuk.
  3. Sementara itu, cairkan 10gm agar-agar dgn 1 cawan air, stawberry dan gula secukupnya.
  4. Biar sejuk sedikit sebelum masukkan susu segar. Boleh tambah 2-3 titik perwarna merah kalau suka.
  5. Masukkan (4) dalam blender, blend sampai strawberry dah hancur. Ketepikan.
  6. Keluarkan agar-agar (2) dari peti sejuk dan potong kan besar2. Setiap ketul ada satu strawberry kat dalam.
  7. Masukkan ketulan agar-agar dalam acuan. Tapiskan agar-agar dalam blender dan isikan ke dalam acuan juga.
  8. Simpan dalam peti sejuk.
  9. Siap


~ SELAMAT MENCUBA ~


IKLAN PRODUK TEMPATAN