Khasiat Kasturi Kijang




Berdasarkan kajian yang dibuat oleh ilmuwan Islam terutamanya Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah R.A.dan ahli-ahli perubatan Islam, maka kasturi didapati mempunyai banyak khasiat, antaranya ialah :-

1) Memberi kekuatan pada roh. Haruman adalah santapan roh,manakala kasturi adalah merupakan sewangi-wangi dan sebaik-baik haruman sebagaimana sabda Nabi SAW:

“Sebaik-baik wangian adalah minyak kasturi”
(Hadis Riwayat Muslim)

2) Menenangkan Jiwa
3) Mencerdaskan akal dan menyihatkan otak
4) Menghilangkan ketakutan dan kebimbangan
5) Menghilangkan debaran jantung
6) Menghilangkan Sesak Nafas
7) Melegakan Lelah (Asma)
8] Menyedarkan orang yang pengsan
9) Memperkuatkan organ luaran tubuh
10) Memperkuatkan organ dalaman tubuh
11) Menghilangkan rasa gementar
12) Menghilangkan sejuk tubuh
13) Membuang angin yang berlebihan dalam tubuh
14) Menawarkan racun atau bisa-bisa binatang
15) Menghilangkan kesakitan sewaktu kencing
16) menjernihkan mata putih pada mata
17) Berfungsi memelihara kesihatan secara keseluruhan
18] Mencegah wabak penyakit
19) Melanjutkan usia
20) Meredhakan Allah SWT,
menyukakan para malaikat dan orang-orang soleh,
dan sebaliknya dapat mengusirkan
syaitan laknatullah dan kuncu-kuncunya.

Menurut Imam Syafie R.A. bahawa antara perkara yang dapat menguatkan badan jasmani ialah
dengan mencium bau-bauan yang harum (spt kasturi).


Dalam bidang perubatan tradisional Cina, kasturi dipercayai mampu untuk :-


  1. Mengembalikan kesedaran seseorang yang pitam atau pengsan
  2. Melancarkan peredaran darah
  3. Merangsang penyingkiran darah haid
  4. Mengurangkan kesan bengkak dan meredakan kesakitan


Kasturi diangkat sebagai penawar ajaib di kalangan masyarakat konvensional di Nepal, Pakistan, Siberia dan Mongolia.

Di India pula, penggunaan kasturi telah lama diserap dalam kaedah perubatan Ayurveda. Kononnya, ia mampu meredakan penyakit asma, ekzema, demam, sakit kepala dan ulser. Di negara-negara barat,penggunaan kasturi lebih kepada penghasilan wangi-wangian kerana mereka sedar bahawa haruman daripada kasturi mempunyai keistimewaan dan nilai terapi yang tersendiri.Harga minyak kasturi juga amat mahal di sana berbanding di negara asia.


sumber: 
Madrasah Darul Atiq

IKLAN PRODUK TEMPATAN