Kelebihan SERAI dalam kehidupan kita







Serai kerap di gunakan dalam masakan dan juga dalam pembuatan minyak
wangi namun tahukah anda serai mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan kita?

Serai atau dalam bahasa latinnya disebut dengan Andropogon nardus ini ternyata menyimpan banyak manfaat untuk kesihatan manusia.

Dalam beberapa penelitian, daun Serai ternyata mengandung zat anti-mikroba dan anti-bakteri yang sangat berguna khususnya untuk mengubati banyak penyakit pada manusia.

Selain itu, kandungan analgesik dalam Serai juga dapat berperan untuk membantu menghilangkan rasa sakit akibat sakit kepala, nyeri otot maupun sengal2 sendi.

Dalam Serai, ada banyak kandungan senyawa seperti geranil butirat, lomonen, eugenol, metileugenol, geranial yang sangat bermanfaat untuk kesihatan.

Batang dan daun serai mempunyai bau seperti lemon kerana bahagian itu mengandungi minyak pati. Secara keseluruhannya, semua bahagian di serai amat berguna untuk kehidupan seharian.


Mari lihat 6 manfaat serai untuk kesihatan.


Memutihkan gigi
Masalah gigi kuning akibat merokok sudah lazim kita dengari.
Jangan risau, ia boleh di atasi dengan mengunakan serai sahaja.
Caranya, tumbuk halus dua batang serai yang di potong
kecil dengan sedikit arang dapur dan gosokkan
pada gigi anda.
Lakukan tiga kali seminggu dan lihat hasilnya.

Mengatasi masalah perut 
Teh serai mampu mengatasi gangguan pencernaan,

sakit perut, perut berangin, kejang usus dan cirit birit.
Serai membantu mengurangkan angin dalam
usus sekaligus mencegah pembentukan gas berlebihan.

Serai sebagai 'Pain Killer' 
Jika anda mengalami sakit gigi, sakit otot dan sendi,
minum teh limau berserai pasti dapat melegakan
sakit anda itu. Ia bertindak
sebagai penahan sakit semula jadi.

Detoksifikasi
Jika anda ingin tahu, serai mempunyai elemen
yang bertindak sebagai detoksifikasi.
Serai dapat membantu anda melancarkan pemubuangan
air kecil sekaligus membersihkan organ pencernaan,
hati, pankreas, pundi kencing dan buah pinggang.

Melegakan senggugut
Untuk wanita yang mempunyai masalah senggugut. Cuba amalkan meminum
teh serai setiap pagi ketika datang bulan, bukan sahaja senguggut,
malah rasa mual juga akan tutut hilang.

Ejen pencegah kanser 
Setiap 100 gram serai mengandungi anti oksidan pencegah kanser.
Elemen semulajadi yang terdapat dalam serai dipercayai  boleh mematikan
sel kanser aktif tanpa merosakkan sel sihat.

Antara lain serai juga boleh digunakan untuk :-

Menghilangkan keletihan dan kelesuan tubuh.
Menaikkan semangat dan ketenangan minda.
Menyegarkan kulit.
menghalau serangga
sesuai untuk haruman rumah.
herba beraromaterapi ibu selepas bersalin
sauna, tangas atau mandi harian








IKLAN PRODUK TEMPATAN