Siri Mengenal Alat Muzik Tradisional - CANANG







Canang sejenis alat daripada keluarga gong yang berukuran  kecil.Berperanan sebagai alat penanda masa dalam ensemble paluan tradisional yang terdapat di Kelantan.


 Dalam konteks persembahan yang berhubung dengan teater tradisional ianya disertakan secara berpasangan iaitu Canang ; 'ibu' dan 'anak'.Manakala dalam ensemble bagi mengiringi tarian istana sepertiAsyik, mengikut amalan semasa Canang digunakan sebanyak empat biji dilaraskan mengikut sistem diatonicyang mempunyai pic suara yang tepat.Lazimnya dalam ensemble paluan Asyik, Canang yang bernada seperti C,D,E dan g mengikut skala Major, digunakan untuk memainkan mode rithme yang bersifat minimalism iaitu secara berulang-ulang.


Kini terdapat dua jenis Canang yang sering digunakan iaitu diperbuat daripada 'besi' dan 'gangsa'.Gambar yang dipamerkan ini ialah Canang Asyik yang diperbuat daripada gangsa dan Canang Ibu dan  Anak yang diperbuat daripada besi, mempunyai tombol yang kecil serta dinding yang rendah.


IKLAN PRODUK TEMPATAN