52 lagi ditahan rusuhan Little India





SINGAPURA 17 Dis. - Polis Singapura hari ini menggugurkan dakwaan terhadap tujuh daripada 35 rakyat India yang dituduh terlibat dalam rusuhan di Little India pada 8 Disember lalu.

Bagaimanapun, dakwaan ke atas 28 suspek lain masih lagi dikekalkan selepas mereka dituduh menjadi dalang utama dalam insiden terbabit.

Dalam sidang akhbar yang diadakan di sini, Timbalan Perdana Menteri, Teo Chee Hean berkata, pihak polis berjaya menahan seramai 52 rakyat India dan seorang rakyat Bangladesh, awal hari ini.

"Semua suspek baharu itu dikenal pasti terlibat dalam rusuhan pada 8 Disember lalu dan enggan mematuhi arahan polis untuk bersurai," katanya. - AGENSI


Sumber  :  Utusan Malaysia

IKLAN PRODUK TEMPATAN